Kena Saman Lagi : SMS Saman Trafik
Isu Semasa

Kena Saman Lagi : SMS Saman Trafik

semak saman trafik online dan sms

Dapat saman lagi…oyeh!  Kali ini bukan saya tetapi Angah.  Kesalahan tidak pamir L pada hadapan motosikal.   Bahagian belakang ada.

Sehari selepas dapat saman ni, dia ambil ujian JPJ dan  lulus  P untuk kelas B2 dan D.

Saya ada banyak kisah mengenai saman trafik, antaranya Makcik Rempit Ada 18 Saman Trafik .

Cara-cara untuk check saman trafik – melalui sms atau online.

 

  1. Myeg.com.my – boleh juga buat bayaran saman online tetapi perlu berdaftar dan ada service charge
  2. Melalui SMS 15888 – taip POLIS SAMAN <NO KAD PENGENALAN> atau <NO KENDERAAN> dan hantar ke  15888 – Contoh : POLIS SAMAN WMG6383 dan hantar ke 15888 * Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20
  3. Semak Saman JPJ di Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan -Semak Saman JPJ(klik)
  4. Melalui SMS 32728 – Taip SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728 atau SAMAN [no pendaftaran kenderaan]  hantar kepada 32728 atau SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] hantar kepada 32728  *Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.50
  5. Pergi Balai Polis  Cawangan Trafik , bayar tunai.

 

Jom Belajar Memandu

p/s – apasal tulisan encik polis kat surat saman tu cantik sangat….

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

21 thoughts on “Kena Saman Lagi : SMS Saman Trafik

  1. Saya dah lme kena saman tahun 2010.. smpai skg xbyr lagi.. hehe.. nme sy roy.. hati
    manyak keras.. tp pelik la, sbb sy boleh smbung rod tax.. buat lesen.. tp lesen tu no ic salah..
    sy dah cakap no ic sy salah, tp mcm tu juga dia buat.. xpe ke kalau no ic salah kat lesen?

  2. Johny Johny tak pernah kena saman kete atau motor tapi pernah sekali kena saman masa naik basikal takder lampu masa tu balik dari kerja basuh pinggan kat pasar malam, kira hari tu halal kerja bagi sepuluh ringgit bayar saman kat balai polis. Kalau nak tahu rahsianya tak nak kena saman ngan polis kalau naik motorsikal matikan enjin motorsikal tanda hormat buka topi keledar keluarkan ic dan lesen sebelum diorang mintak.. minta maaf kalau tak tahu salah apa tanya kalau dah tahu salah cepat cepat minta maaf be humble.. no problem.. inshaalah hati polis sejuk sebab dia orang panas duduk tepi jalan.. kalau hujan sejukk duduk tepi jalan. kalau naik kete pun sama kalau dah disuruh ketepi jalan tu terus matikan enjin. terus keluar.. jumpa diorang janganlah tunggu dalam kete sambil buat muka poyo yang macam banyak duit nak bayar saman… inilah yang selalu johny amalkan alhamdulillah… nie rahsia hati manusia nie…

  3. cantik..besar..jelas lg terang tulisan en polis tu ye.. hehehe.. hurmm.. nk kene g tarfik kl gak ni.. nk settle saman kereta (tp saman tu atas no plate motor..)
    Jom terjah post menarik dari laily ..Pesan di Angin LaluMy Profile

Comments are closed.