Kemisterian
Isu Semasa

Kemisterian

Kata orang jauh perjalanan, luas pemandangan. Jadi saya nak berkongsi satu pemandangan yang tak pernah saya nampak di tempat lain. memandangkan bidang kerja suami saya bersangkut dengan pembinaan, jalanraya, lebuhraya, jambatan, cerun, bukit, longkang dan pelbagai lagi yang kita kerap nampak, kami agak alert dengan perkara-perkara yang orang tak berapa nak bagi perhatian.

Kenapa jalan ni kerap berlubang, kenapa cerun tu kerap runtuh, design tak betul ke, kedudukan level longkang lebih tinggi dari jalan ke..macam² yang akan dibincangkan.

Salah satu isu yang terlintas dalam perbincangan adalah apabila melihat beberapa batu tanda jarak yang terdapat laluan ini.  Bukan satu.

papantanda jalan jkrKalau  nampak benda macam ni , apa yang bermain-main dalam akal fikiran?

Batu tanda yang di depan tu yang baharu, yang lama di belakang.

Apa yang salah, apa yang tak kena?

Kalau kedudukan ukuran jarak lari beberapa kaki, lebih mudah lebih murah kalau dialihkan sedikit pada kedudukan yang betul.

Kalau ejaan yang salah, ‘K’ menjadi ‘Kuala’. beratus ribu batu tanda dan papan tanda JKR perlu diubah di seluruh negara. Projek besar , wang besar dan peluang besar ni.

Mungkin ada perubahan pada laluan ‘ 181 ‘ .  Lebih murah kalau bina satu yang baru dari tampal pada yang lama.

papan tanda jarak lokasi

 

Kalau alasan dah rosak, cuba perhati dengan lebih jelas.  Batu tanda yang lama lebih cantik lebih elok lebih berkualiti binaannya.  Yang baru tu bergigis dan bergerigi  macam digigit  anjing.

Mungkin ada tokoh tempatan yang kaya raya buat sumbangan batu tanda , tak guna duit dari belanjawan negara.

Benda yang ada di depan mata, dipamerkan di tempat awam tak boleh nak halang kami untuk bercakap.  Sampailah sekarang, kami tak temui jawapan yang kukuh dan logik mengenai keadaan ini.  Hanya mereka dan keluarga mereka yang tahu perkara sebenar.  Sebagai orang awam yang melalui jalan tersebut ,  ianya terus menjadi misteri nusantara.

Ini baru cerita papan tanda jalan raya, sudahnya banyak masa memang kat jalan raya.  Kalau lalui kawasan Rompin, setiap jalan masuk ke kampung ditulis jarak.  Senang kita nak tau kampung tu jauh atau tidak dari jalan utama.

nota : sepatutnya saya nak buat edisi Wordless Wednesday, tetapi risau kalau terlalu rumit untuk difahami, entri NatGeo minggu lepas pun ramai yang tak faham.  Ada yang tanya NatGeo tu apa.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

40 thoughts on “Kemisterian

  1. rasanya saja ni.. xtau betul ke tak.. anggap yg baik jer.. agaknya bila diukur semula, jarak tu beza sikit, itu yg gambar pertama de depan blakang tu.. agknya la.. satu lagi mungkin de duit lebih, jadi buat je lah.. hehe.. boleh tak anggap macam ni?
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Review Buku | Mustafa Kamal AtaturkMy Profile

  2. Siapa yang boleh jawab kerana beberapa ‘flaws’ telah berjaya dibongkarkan susah juga hendak berhujah mempertahankan pembinaan batu tanda ini.

  3. persoalan yang timbul antara batu penanda baru dan lama. yang lama tu kualiti lebih mulia dari yang baharu. kan kan…

    daripada persoalan tu.. kalau dikorek.. berbagai kesah akan bersangkut paut. pihak itu terlibat.. ini terlibat… silap haribulan… entri ni boleh dipolitikkan situasinya.

    ps: saje je kasik bold keyword tu.. hahaha.. komen saya sangat SEO taww.. ekekekeke!
    Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..WW: Raul Tikasep NatabajMy Profile

  4. JKR – Jangan Kerja Rajin hehehe….Pernah juga nampak tempat yg ada dua tanda nih,dalam hati pun tertanya2 juga,sebab nya,budget dah lebih kut,atau lain kontraktor yg dapat kontrak baru 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..Ada Makhluk Hendak BergurauMy Profile

  5. Rasanya sebab dah namakan jalan baru kot kakjie sebelum ni ada T je lepas tu dah ada road 181..

    Tp tu lah kan..mungkin yg buat batu tanda dua2 tu kontraktor lain2 so yg baru buat tu dia x nak cabut yg lama
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Kejayaan bukan satu kebetulanMy Profile

      1. soalan lain – perlu ke buat batu baru kalau batu lama lebih elok?
        bukan masih elok… LEBIH ELOK

        Payah tau nak cari jawapan misteri ni… dalam buku silibus SPM pun tak jumpa..hihihi
        Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kemisterian My Profile

  6. Dari sedili – Kuala Berang = lajunya kak jie drive.. hik3
    Kadang2 papan tanda ni buat kita angin jugak. Dah senget
    pun still tak dibaiki.. Lg2 yg tiada tanda berapa KM lagi nak sampai..
    Jom terjah post menarik dari nurmisnan ..Wordless Wednesday #72My Profile

    1. bukan laju…….. jauh hehehe

      sebenarnya papan tanda bukan isu sangat
      cuma keadaan batu jalan ada dua tu yg timbulkan misteri
      yang lama masih elok, perlu ke diganti baru….

      semua tu duit…duit..duit
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kemisterian My Profile

  7. ada ‘batu’ tanda ni kat kg saya dari plywood!! saya perasan bila lepas beberapa lama ‘batu’ tu patah sebab reput… sejak tu sy curious… kenapa batu tanda tu dari plywood? orang berkenaan tak periksa waktu mengesahkan siap kerja? atau mereka yang memasang ambil kesempatan sebab kg sy di pedalaman dan bukan laluan utama melainkan memang masuk ke kampung kami
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..ape kabor anak – anak bulus??My Profile

    1. minta maaf, bahasa malaysia rendah kak jie tak memenuhi piawaian bahasa malaysia tinggi awak… makcik² guna bahasa tak memenuhi tatabahasa yang betul sampai orang tak faham.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kemisterian My Profile

Comments are closed.