Bukan Susah Pun Nak Tanam
Isu Semasa

Bukan Susah Pun Nak Tanam

Masalah utama, mana nak cekau tanah? Nak tanam cili, serai, daun pandan pun dalam pasu. Boleh tanam pokok kelapa dalam pasu?

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ( FAMA ) akan melancarkan kempen ‘Satu Rumah Tiga Pokok Kelapa’ bagi menangani masalah bekalan kelapa setiap kali musim perayaan.

Balik raya nanti boleh sembang isu ini dengan mak mertualah. Mak ada kebun kelapa beribu² pokok. Kalau mak bagi 3 pokok pada setiap blogger yang singgah ke blog saya hari ini pun rasanya masih berbaki.

Persoalan kenapa pekebun kurang berminat untuk menanam kelapa dan lebih mudah beralih kepada kelapa sawit tak nak buat kajian ke? Tahu berapa harga yang pekebun kelapa terima untuk sebiji kelapa? Jap nak telefon mak mertua nak tanya.

[ pause ]

Mak buat apa? [ selepas sesi awal berbual]
Mak nak pergi shopping…
Amboiii mak……… shopping tu.
Mak dapat kupon RM100 Kerajaan Selangor bagi untuk warga emas shopping hari ini kat Tesco Kuala Selangor.
Mak pergi dengan Musa ke?
Tak… dia sediakan bas, berbuka puasa kat sana sekali.
Seronoknyaaa………mak. [ perempuan kalau bab shopping ]
Mak nak beli apa ye? Mak tak fikir lagi nak beli apa…
Mak beli je apa yang mak nak. Beli kasut ke…
Nak beli barang dapur boleh la kot.
Mak, nak tanya nk… berapa harga kelapa sebiji la ni?
La ni tengah musim….sebiji 80 sen. Tengah banyak la ni.. sekali kait boleh dapat 2000 biji.
Berapa bulan sekali boleh mengait kelapa mak?
2 bulan sekali.
Ye lah mak…. tak pe lah. Nak tanya harga kelapa ye, kat sini susah nak dapat kelapa time nak raya ni.
Berapa banyak kerepek kamu order hari tu ye?
5 kilo 5 kilo mak.
Mak beli 20 paket dah….esok balik bawa cili merah macam yang hari tu…
Ye lah mak…selamat bershopping.

[stat ]

Mak kata tengah musim banyak dapat 2000 x 80 sen = RM1600.00 bahagi 2 bulan, dapat RM 800.00 sebulan. Kalau musim kering, mesti hasil kurang.

Kalau kelapa sawit, tiap 2 minggu sekali dah boleh dapat hasil.

Saya ni cerita kelapa siap telefon mak untuk dapatkan sumber rujukan, siap ada selingan …hehehehe

Akan datang mungkin ada kempen ‘ Hindari Dodol ‘ , ‘ Sedapnya Rendang Tanpa Santan’ atau ‘ Lemang Bebas Santan’.

Pokok kelapa depan rumah…dah tinggi sampai kena wayar elektrik pula!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

43 thoughts on “Bukan Susah Pun Nak Tanam

  1. Salam, nak tanya, boleh x nak no fon ibu mertua puan? saya tgh mencari kelapa untuk perniagaan santan saya.

  2. Zu stay taman intan kluang. Belakang rumah ada semak samun belukar masa kami pindah 1994. Ayah zu jenis suka berkebun, dia kasi clear smua, sudahnya sekarang ada KEBUN dalam TAMAN. Takde taman kat kluang ni ada pokok durian, kopi, kelapa, sukun, rambutan, mangga, durian belanda,, nyamm2,, banyak arh, hehe.. Keliling kebun ni sekarang dah naik perumahan baru. Camne tu?

    Jom terjah post menarik dari Zu ..Ngunjung RayaMy Profile

  3. nak tanam 1 biji kelapa, mmg nak tunggu berpuluh tahun jugak nak tumbuh berbuah tu.hehee

  4. Dah tanam kat tepi rumah…tapi kena warning dengan TNB sbb dah nak mencapai kabel letrik…sudahnya 7 pokok kelapa yg kami tanam sempena mewakili kami ber 7 seisi keluarga masa nak pindah masuk rumah ni dulu terpaksa ditebang… belum sempat merasa buahnya … dapat rasa umbutnya jer….dan buat penyapu lidi…
    Jom terjah post menarik dari kakza ..Koleksi Aqeela – sempena RamadhanMy Profile

  5. kak jie.. mak saya jual kelapa baru 60 sen .. orang tak nak ambil kalau jual lebih .. hurmm baik tanam pokok lain kan .. ada satu lagi kebun mak dah buang semua pokok kelapa ganti kelapa sawit ..

  6. kalo tanam tiap umah pon mgkn xckup gak kelapa santan tu.. sbb kelapa muda lg mahal harganya.. kalo xmau jual leh petik minum sdiri loo.. lg rendah pokok kelapa tu lg la xsempat nak tua buahnya..

  7. kalau saya balik kg mesti mek saya bekalkan kelapa satu guni.hehehe….pokok kelapa belakang rumah kt kg tu ada lebih dr 3 pokok

  8. Cara lain nak kurangkan penggunaan kelapa dalam masakan guna susu segar.Tapi rasa dia lain lah.Tak berlemak sokmo.

    Tapi kalau nak satu rumah 1 pokok kelapa,macam mana tu ye.kalau rumah bertaman,nak bertanam pun tanah sekangkang kera,apatah lagi nak tanam pokok kelapa.Keh keh keh.
    Jom terjah post menarik dari haiqal ..RM300 Sempena Hari RayaMy Profile

  9. haha…kalau pokok kepala ni macam cili yang tumbuh kat celah simen rumah kak jie aritu,takpe la jugak.haha…kepala tu.buat la tanam serai ke,pandan ke,kan tak perlukan kawasan yang luas.kalau dah kelapa,kang jatuh kat bumbung rumah kan dah susah :p
    Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Bonus PacifistaMy Profile

  10. blkg rumah ada satu lot tanah yg mmg khusus utk berkebun. nikmat menebas, cangkul, menanam. berbudi dengan tanah, mungkin tidak menguntungkan bagi keluarga sy, tapi ianya menjimatkan

  11. kalau setakat tiga batang pokok kelapa tu dah lebih dah kat rumah ni..
    kalau pokok kepala tu tak tau nak tanam macam mana.. :mrgreen:

  12. rumah mak saya pokok kelapa xda, yang ada pokok rambutan. mata kucing dan jambu, walau pon rumah taman, tapi tetap boleh tanam, hehe

  13. nampaknya kene buat pengubahsuaian genetik kelapa…. pokok rendah pon boleh keluar kelapa yang elok dan besar….

  14. dulu kat umah lama banyak la kelapa….sebab tanam pokok… la ni da pindah umah baru, mak saya ada tanam 3 pokok…. masih anak lagi…

    Masalahnya kelapa biasa orang tanam nak amik kelapa muda, bukan tua… tu yang kurang bekalan kelapa tua tu…

    tak bestnya hidup kalau takde santan….memang takleh terima…hehehehehe

  15. bila berkampen tentulah melibatkan duit lagi tu…
    tapi biarlah munasabah…

    aderkkkk…

    hasratnya baik, cuma cara tu kena detail lagi lah.. hehehe
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  16. Kalau tinggal di perumahan bertingkat pun, biasanya akan ada tanah lapang kat bwh tu…sekitar kawasan parking..taman permainan.. rumah sampah..cuma nafsu shj yg mengatakan sukar utk diuruskan. Kalau kita tanam pisang, orang lain ambil..kan dpt pahala, begitu juga cili, mangga dsb..kalau ada usaha, Insyallah..

  17. Kadang kala inisiatif kerajaan ini bukannya fikir macam mana keadaan rakyat sangat. Nampak beno jarang turun padangnya…cuba tanam pokok kelapa seluruh Putrajaya dulu.

    Sebab keadaan rumah yang tiada tanah lapang macam rumah lama, ayah saya tanam cili dengan terung dalam pasu depan rumah. 😎

  18. bukan susah pun nak tanam cakap cakap kita tapi bukan susah juga orang lain nak maki maki kita.

  19. dapat tanam tanaman jenis sayuran pun dah cukup bagus kan kak? saya tanam pokok cili, lepas hidup subur pulak tu, rasa bangga pula hahaha.

  20. kelapa kurang nilai komersil berbanding kelapa sawit. sbb tu ramai org kg tbang pokok kelapa tukar dgn kelapa sawit. sama mcm kat kg sy. nasib pokok kelapa semakin terpinggir.

    nampaknya kena eksport kelapa tiap2 musim perayaanla mcm nie.

  21. bagus juga kempen tu.. untuk orang yang ada laman besar cantik sangat la. Boleh tanam kelapa mawar yang tak berapa tinggi. Ada dengar petua kalau nak tanam kelapa, tanam depan rumah.. buahnya merimbun.. Kalau jadi pengusaha tanam banyak2 rasanya sangat rugi buat masa ni. Sebiji 80sen. Huh da la susah nak ngerjakannya.

  22. kempen cenggitu orang layan,
    apa kata kita atasi masaalah yang tak bermusim,
    ‘kempen mari sepak perokok’
    cari sorang kawan yg berani mati,
    dengan kawan itu yang tangkap vdo guna viewcam.
    pergi sepak seorang perokok.
    hadiah (Bermula dari RM30 ke RM400) akan diberikan mengikut kekuatan bunyi ‘pang!!!’
    ketika tangan anda hinggap ke pipi perokok tersebut.

    tapi respek FAMA ada gak idea nak buat kempen,
    Jabatan Kesihatan Negara (ker?) tak der kempen pon pasal merokok.

  23. saya dok apartment camne nak tanam pokok kelapa..dapat plak org nogori..asyik kena masak lemak cili api je..kait kelapa kat kedai jugak la jawabnya..

    kalau balik kampung je pokok kelapa kiri kanan depan belakang rumah..mak ayah tanam yang jenis rendang tu..kelapa mawar kot..tak la risau buah kelapa hentam bumbung rumah macam dulu-dulu..

  24. Orang tua saya ada kebun kelapa tapi pokoknya sudah menunjukkan tanda-tanda ketuaan rasanya perlu di tanam semula.

    Hari itu dengan jabatan Pertanian hendak bagi benih kelapa tapi senyap sahaja. Nampak gaya kami anak beranak keluar modal sendiri untuk penanaman semula pokok kelapa.

  25. Itupun tengok harga pasaran minyak masak dunia gak Mijie.. bukan setiap masa boleh dapat 5-6K sebulan.. ditambah dengan propaganda US yg memang anti dengan minyak sawit Malaysia.. Of course ia lebih mahal dari kelapa lah..

  26. “Kebun kepala tu memang berusaha utk bertahan, tak nak tebang juga mcm kebun2 yg lain.”

    Eee takut ni.. nanti kena potong kepala… hehehhee .. Tentang bab tanah tu rasanya kita senasib sebab tanah bukit bercampur kapur dan tanah liat ni, pokok liar pun susah nak hidup apatah lagi tanaman untuk hasil…

  27. Betullah tu… mak mertua ada kebun kelapa dgn kelapa sawit..memang kelapa sawit lebih menguntungkan. Kebun kepala tu memang berusaha utk bertahan, tak nak tebang juga mcm kebun2 yg lain.

  28. orang atas2 ni nak buat kempen pun tak leh nak fikir hoho…kena kaji dulu kenapa jadi mcm tu kan…kelapa 80 sen sebiji kalau kelapa sawit..10 ekar bersih sebulan dapat dalam 5-6k kalau sy tak silap..member felda bagitau dulu

Comments are closed.