Pemenang Tiket Pameran Sultans of Science di Petrosains
Blogger

Pemenang Tiket Pameran Sultans of Science di Petrosains

Sejarah dan sains antara subjek kegilaan ketika dibangku sekolah. Pernah menjadi impian untuk menjadi ahli sejarah dan pasang angan-angan melakukan pengembaraan adventure seperti Indiana Jones. Kalau sains pula saya suka membuat eksperimen dengan melakukannya sendiri untuk membuktikan teori sains. Sains selalu berlandaskan fakta dapat buktikan dengan praktikal adalah sesuatu yang mengujakan.

Sebenar penciptaan sesuatu adalah berlaku secara pertemuan tidak sengaja seperti sinar x apabila terjadi imej jari pada filem begitu juga dengan Thomas Edison mencipta mentol setelah gagal beribu kali sebelum berjaya dengan pertemuan filamin mentol. Semasa Alexander Graham Bell memperkenalkan ciptaan telefon semua orang skeptikal kota peti mampu mengeluarkan suara. Penemuaan sains terdahulu telah merubah kehidupan manusia.

Saya memohon maaf jika contoh yang diberikan adalah saintis barat ini kerana aliran pendidikan sains zaman saya tidak mendedahkan saintis dari kalangan umat islam. Satu usaha yang baik dilakukan oleh Petrosains menengahkan pertemuan sain dari dunia islam.

Komen  di atas  yang dipetik daripada entri Terokai Penciptaan Cendekiawan Islam Di Pameran Sultans of Science telah dipilih untuk menerima dua ( 2 ) tiket masuk untuk dewasa ke Pameran Sultans of Science di Petrosains, KLCC.

Pameran berlangsung sekarang hingga 30 Jun 2013.  Ambillah peluang ini untuk mendalami dan mengenal sejarah penciptaan gemilang para cendekiawan Islam yang banyak dipelopori oleh saintis barat.

tiket masuk pameran sultans of science

Terimakasih  AkuBiomed.  Selepas menonton F1 Malaysian Grand Prix pada 22-24 Mac 2013 di litar Sepang , bolehlah bawa keluarga ke Pameran Sultans of Science pula. Cuti sekolah minggu depan ni…

Terimakasih kepada semua yang memberi maklum balas dan sudi tinggalkan komen di entri tersebut juga entri² yang lain.  Walau pun kalau mengikut undang-undang blogger saya gagal memenuhi syarat utama menjadi blogger yang baik  (gagal membalas komen, gagal membalas kunjungan dan membuat komen balas )  pengunjung setia masih lagi sudi datang dan memberi feedback.

Konsep blog saya simple saja… saya kongsi apa yang saya tahu, kalau boleh dijadikan panduan dan sempadan, ambilahlah.  Kalau tidak memenuhi keperluan, abaikan.  Saya tak boleh beri lebih dari itu.

 

Nota :  Saya akan mula bercuti dari 26 – 31hb Mac 2013.

Peta laluan :

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

19 thoughts on “Pemenang Tiket Pameran Sultans of Science di Petrosains

Comments are closed.