Nak Sedap, Tak Dapat Sentap
Blogger

Nak Sedap, Tak Dapat Sentap

Blogging adalah pilihan kita .  Melawat dan tinggalkan komen di blog orang juga pilihan kita.  Kalau dia tidak memenuhi selera atau piawaian kita, pilihan kita untuk tidak berkunjung atau meninggalkan komen.  Jangan diungkit² dengan mengata – orang yang ditujukan tak tahu apa², kita pula yang dapat dosa.

Tiada manusia yang sombong dengan manusia lain .  Kita mengata seseorang sombong apabila dia tidak memenuhi keperluan kita sendiri.  Kita yang pentingkan diri sendiri, mahu seseorang menjadi apa yang kita mahu untuk memenuhi kepuasan diri kita.

Kita tahu ‘dia’ adalah kaktus berduri yang boleh melukakan jadi kenapa membiarkan diri kita mendekati kaktus tersebut.   Ada dua pilihan – jauhkan diri dari kaktus berduri atau kita menjadi lebih kuat dari kaktus tersebut dan bunuh dengan racun.  Pilihan di tangan kita.

Nak jadi blogger kena kental, tak boleh melankolik nak sentap sana sini………… tak ada siapa yang akan peduli perasaan kita – kita kena sendiri perlu  membina ‘zon selamat’ untuk diri sendiri.

© kujie – bak kata Sir Marcello – orang kita nie jenis semuanya nak sedap…bila tak dapat… sentap!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

47 thoughts on “Nak Sedap, Tak Dapat Sentap

  1. “saya sentap laa kak jie xpernah dtg comment…..” eh tue contoh jer..korang jgn salah paham…..hahahaha… 😆 kadang2 malays ni xpaham sarcarstic….

    biasenye klo org xfamous mcm sy sume soalan n comment leh reply…klo daa berjuta2 mcm kak jie mmg dpt bayangkan laa susah nk puaskan hati sume org…mesti ade jer yg terasa..

    ape2 kite cume leh lakukan yg terbaik yg kite boleh…tul x? 😎

  2. sokong 100%
    tapi dalam dok beringat tu kekadang kita salah langkah juga..jadi jalan y terbaik belajar dari kesilapan..orang tak suka takper

  3. yonna selalu tak jaga zon selamat sendiri T______T sebab tu asyik sentap tak memasal hehe.

    oh ya mama.pelik.ramai pulak sekarang ni nak bercerita hal-hal sunat setiap masa. if baca yassin 3x pun, perlu ke beritahu? baca al quran hari2? aih.
    Jom terjah post menarik dari yonna ..SayaAdaMasalahNakLetakTajukMy Profile

  4. Kena sedar, penulisan kita tu sedap ke tak seronok ke untuk orang baca. Kalau penulisan kita menyengat, tak payah nak blogwalking, orang akan datang bagi komen. Macam saya, memang penulisan saya tak ada ummph. Jadi kena rajin-rajin singgah blog bagi komen untuk dapat balasan. Tapi tak semestinya dapat kunjungan balik.

    Sedangkan ada 10 komen sehari pun tak larat nak baca balik entry mereka dan beri komen. Apatah lagi bagi blog yang popular (lebih 30+ komen sehari). Nak balas camne tu?? maknanya tak semua boleh dibalas.
    Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..Selamat Berpuasa dan terima kasihMy Profile

  5. setuju nak sentap tak dapat sentap haha biasa la tuh berblog untuk apa kalau nak kepuasan buat la ikut hati kita, nak duit kena usaha tingkatkan bahan untuk berblog jangan dok mengharap saja.

  6. Assalamualaikum.
    Selamat berpuasa.
    Semoga ramadhan akan membawa banyak kebaikan untuk kita.
    TQ

  7. ramai orang camtu…

    ***kak jie.ada bgtahu ada email ayu, yang semalam ker?pasal comment luv ee? dah baca entri tu..tengah belajar nak tukar slow2..hu..hu..
    Jom terjah post menarik dari mrs jamal ..Selamat BerpuasaMy Profile

  8. hehe… memang kita punya perangai macam tu biasanya.. harap ramadhan kali ni dapat mengubah kita jadi insan yang lagi baik..no more SENTAP SENTAP.. hehe
    Jom terjah post menarik dari mrnamie ..Ada apa dengan Maher ZainMy Profile

  9. HIDUP BIAR SEDAP, kata makcik blogger tu…. hihihi 😀

    sy klu nak sentap, sentap sendiri2… cuba pastikan tak tulis dlm entri.. klu tulis pun, kaitkan dgn kucing ke, siput ke.. hahaha… tak reti nak ckp direct.. tu kelemahan sy…
    sbb takut tersalah faham.. kdg2 apa yg kita baca, tak sama dgn apa yg si penulis tu cuba maksudkan… mungkin dia buat lawak, tp kita baca serius… mungkin dia sedih, kita baca benda tu lawak.. byk sgt kemungkinannya.. susah alam maya ni.. kena faham betul2
    Jom terjah post menarik dari kutaksempurna ..Hey! Kamu memang berTUAH Tahniah! -DMy Profile

  10. akak citer pasal bersahur, anak saya yang umur 5-6 tahun sebang je bangun.. tapi bapaknye rasa tensen sgt kejut. kejap-kejap satu saat.. ada dekat 10 minit menunggu

  11. Ada benda yang kita boleh tegur – kalau tak betul caranya
    ada benda yang kita boleh abaikan kalau tak berkenan dgn kehendak kita…

  12. semua pilihan kita – tak suka sebab orang tu tak memenuhi kehendak kita, kita cari lain… dlm dunia ni ada berbillion manusia – jangan nak mengata² dia – tak pasal² kita yang berdosa

  13. dia tak geng dgn kita tapi tengok dia ngam dengan orang lain… ok lah tu

    tiap org kan hidup berkelompok, berpuak2 mengikut kesesuaian masing2… kita carilah group atau komuniti yg sesuai dgn kita

  14. kalau blog dah open for public to read maknanya terbuka untuk sesiapa saja untuk komen apa saja.. kalau tak nak baik private aje blog buat mcm diary.. sendiri tulis.. sendiri baca 😉
    Jom terjah post menarik dari LittleMama ..Little Mama Kena SampukMy Profile

  15. betul kak jie…nak jadi blogger yang tegar, hati kena cekal. kena terhantuk sekali dah melatah, baik tulis dalam diary saja.. terima kasih atas ayat-ayat kak jie yang menguatkan jiwa.. saya rasa macam bersembang dengan mak saya tau… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Kancilbiru ..Apa menu berbuka puasa hariniMy Profile

  16. yezzaaaa… mula2 kakjie bg kiter terbuai sampai teringat berpuasa dgn mak kt kampung..pastu kakjie bg pesanan penaja..
    terima kasih kak jie… sy pun dah mula berjinak2 dgn blog… btl kata kakjie, nk jd blogger harus berjiwa kental..
    bukan semua org suka apa yg kita tulis..bukan semua yg tak suka apa yg kita merapu… tp apapun..kakjie, u are my idol ..
    sy takkan pernah jemu untuk menjadi pelawat setia kak jie..
    Jom terjah post menarik dari tpinky ..Bersahur penuh kesyahduanMy Profile

  17. betul kate akak….x ade yg sombong…sume perasaan sendiri… thanks untuk words yg mengingatkan tu….

Comments are closed.