Ko da feymes bole lah cakap…
Blogger

Ko da feymes bole lah cakap…

Sebenarnya bukan semua blogger lama menulis blog untuk  SEO, ranking, trafik atau pun earning.  Bukan semua orang berada di tempat mereka semata² kerana trafik tetapi kerana kreadibiliti mereka yang tersendiri yang dibina bertahun² dengan sabar bukan sekelip mata.

Jenguk keluar dari ‘bawah tempurung’  dan lihat di luar sana ada ramai blogger lama/ senior yang berada dalam kedudukan yang hebat tetapi menulis secara diam² tanpa riuh rendah soal ranking soal trafik.

Kebanyakkan mereka menjadi penulis blog sejak tahun 2000 (majoritinya tahun 2004).    Nama² hebat seperti Ladynoe, Tokrimau, Saharil Conteng , Melayu Minimalis ( atp) , Pnut, Pakcik Mersik, Dr. Azwan, Dr DBI, Sinaganaga , Nekcun , Rudy Bluehikari , Rush Murad, Sue Anna Joe, Emila Yusof, Belladonna , Kahuna, Epal Hijau , Cob Nobbler ( sekadar menyebut beberapa nama ) bukan berada pada kedudukan mereka dengan ‘membeli ‘ pelawat, tetapi atas keaslian blog yang tersendiri.

Kebanyakkan mereka PR 4 ! Penghormatan yang diterima bukan mereka pinta tetapi lahir dari pengiktirafan khalayak yang menghargai.

Masalah trafik, popular atau ranking segala bagai ini hanya muncul setahun dua ini saja, bukan di zaman saya yang konservatif.  Mereka yang otai² seperti diatas itu tidak pernah pun sejak dulu buat benda² macam tu.

Jadi, sekiranya kita berada dalam kelompok yang nak cari ranking nak kejar nama hebat,  jangan anggap semua orang pun menulis blog dengan tujuan yang sama seperti kita.

Saya sangat hormati blogger senior seperti diatas yang sentiasa bersederhana dalam segala segi.

contoh komen balas apabila ditegur.

Sebelum buat tuduhan semua orang  seperti awak, sila selidik dulu biodata atau track record seseorang blogger dan lihat susah payah beliau bertahun² mendaki dengan sabar, berhemah dan beretika.

orang pintar boleh memancing tanpa umpan, orang yang bijaksana boleh memancing tanpa joran…tetapi kedua duanya boleh dipancing dengan wang…

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

77 thoughts on “Ko da feymes bole lah cakap…

  1. …………….. wordless
    dah tak perlu reply komen apa lagi..hahaha

    jangan ingat blogger senior yang berjaya sekarang kerana aktivit sepam menyepam ….salah tu

    benda ni tak ada dulu2…..sekarang ni je
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Entri Ini Tiada Perkataan JanganMy Profile

  2. buatlah apa saja dgn blog masing2…. tetapi kena ingat bukan semua org berniat seperti kita.

    tengok track record seseorang tu dan ambil tahu, dia tu buat mcm kita buat skeg ni ke?

    Kesian org tu berpenah lelah nak mendaki, senang2 je kita cakap dia dulu kaki spam
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Entri Ini Tiada Perkataan JanganMy Profile

  3. terus terang saya bagitau, saya pun pernah jugak jadi traffic hunter ni.tapi bila dikenangkan balik memang tak terkejar traffic tu.jadi lebih baik kita kukuhkan kedudukan dengan cara perbaiki penulisan terlebih dahulu.jangan risau, traffic akan menyusul kemudian 😀
    Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Contest: Review Alexa @ Pacifista.myMy Profile

  4. sebenarnya – kak jie nak korang tahu dan ambil tahu bahawa di luar sana ada banyak blogger hebat yang hasil penulisan mereka sangat bagus.

    Blogger yang menulis dengan idea dan pandangan untuk mematangkan diri kita.
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Entri Ini Tiada Perkataan JanganMy Profile

  5. semua org tak salah utk buat blog dengan apa saja tujuan mereka………….dah dijelaskan dalam entri ini.

    cuma perlu ingat TAK SEMUA ORANG BUAT BLOG TUJUANNYA SEPERTI KITA… Kena luaskan kotak fikiran bahawa ada ramai di luar sana ada ramai lagi blogger bukan hanya selesa berada di dalam komuniti sendiri
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Beli Kasut Bata OnlineMy Profile

  6. hehehe…zara tak perlu diperkenalkan lagi, ramai dah kenal tapi blogger yg kak jie sebut tu……….ramai yg tak kenal walaupun mereka hebat2 belaka…

    sebenarnya tak kisahlah nak kejar apa pun, cuma kena ingat satu je…………bukan semua org seperti kita…
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Menghadapi Perlakuan Buruk Si DiaMy Profile

  7. Kadang2 sentap juga ah bila blogger otai azan newbie.Tapi mmg kalau ikutkan,masa blogger otai tu naik,mesti gigih blogwalking 1-1 blog kan?Tak ada tiba2 terus meletup bagai nak rak.

    Bila da popular,semua blog yang dia pergi dilupakan.Tinggalkan komen apatah lagi.Tweet pulak mention dengan nama sebaris dengan dia.Ye lah,yang tak popular ni boleh ke tepi.

    so,dengan jayanya,jangan harap nak membuka blog dia balik.hahaha.
    Jom terjah post menarik dari haiqal ..Minuman Pelik?My Profile

  8. Bila orang kata menulis sebab nak mengejar duit, rasa nak ketawa besar. Sejak bila Zara berkiblatkan SEO, trafik dan segala benda?

    Ehem.
    Nama saya tiada. *tiba-tiba*

    Apa pun Kak Jie, Zara secara peribadi rasa kita yang biasa-biasa dan menulis sebab kita suka menulis adalah lebih ikhlas daripada menulis sebab mengejar trafik tinggi menggila.
    Jom terjah post menarik dari Lord Zara ..#18 #Ramadhan : Awak Sedang Sakiti Diri SendiriMy Profile

  9. kak jie,ada typo cikit: rankign = ranking 🙂

    nampak macam tak puas ati je tu kak jie.hmm,jadi manusia ni memang susah.popular pun susah,tak popular pun susah.so nak jadi apa?haha… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Contest: Review Alexa @ Pacifista.myMy Profile

  10. Trafik sangat penting untuk sebuah Blog. Semakin banyak trafik semakin banyak ILMU yang kita boleh kongsikan dengan masyarakat. Majoriti Senior mempunyai trafik yang banyak kerana kualiti menulisan dan idea yang bernas tanpa perlu mengejar trafik. Ada juga Senior yang bersengkang mata belajar ilmu SEO tetapi tak lah sampai menulis hanya untuk SEO tanpa rasa dan hasilnya trafik datang secara semulajadi. Saya tidak Gila Trafik tetapi menggunakan berbagai strategi untuk meningkatkan trafik tanpa menyakiti hati sesiapa. Selalu belajar dari Senior bagaimana untuk menjadi hebat seperti mereka.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Trafik Organik dan kelebihannyaMy Profile

  11. huhuhuhu. memang perkara ni akan berlaku sebab kita manusia. semua nak menang. cuma, blogger yg baru2 sgt ni kadang2 nak cepat je naik..padahal die xtau blogger2 lain sampai tahun ke 4 berblog baru dpt trafik yg ok sikit. serious saya dah 4 tahun berblog ni baru rasa ok sikit dengan trafik. before ni sikit je tapi tak ada pun sepam sampai lebam.memaksa org baca blog kite sangat pun xelok meh -..-
    Jom terjah post menarik dari lizz ..Tingkatkan Trafik Blog dan Kumpul Insentif 1.0My Profile

  12. sebaiknya menulis bukan kerana duit..ni bile dengar blogger boleh wat duit banyak, semua nak wat blog..tapi bile tak dapat 1 sen pun, mulalah kata menipulah..wat onar lah..tulis benda2 mengarutlah semata-mata nak cari publisiti dan trafik murahan..cubalah buat sesuatu dengan ikhlas hati dan bukan semata $$$$..insyallah $$$ akan datang sendiri nanti
    Jom terjah post menarik dari wanmus ..Menang RM824 dari Jangan Tidur Lagi TV3! yeyyMy Profile

  13. bila tegur,butthurt. bila tak tegur, melampau. sejak 2009. sejak semua blogger kenal apa itu NN, semua jadi mata duitan. tanpa fikirkan isi blog langsung. semua cedok orang punya tanpa kredit. semua buat blog tutorial.semua cari ranking dalam Google.

    tolong la ambik contoh dari orang2 lama. bukan main kopipes entry orang suka suki ja. tengok diorang naik dengan cara macam mana. bukan pulun semua keyword untuk diletakkan dalam 1 entry.

    aih,kalau tak kenal blogger2 tersohor mcm yg mama sebut tu, taktau lah.ni dok kenal yang $$$$$ je, memang sampai bebila lah dok nampak $$$$ ja.

    mesti diorang pun dah boring dengan isu ni kan ma? heh. kita pun muak jugak kalau nak kena sebut ulang2 kali. tapi masalahnya, kalau org gila traffik dok menyemak kat depan mata kita, takkan nak diam jugak kan? huehue

  14. Nak berjaya dalam blog kena ambil masa, itu memang betul. Paling kurang pun selepas setahun baru trafik maintain 1k ke atas, tapi bergantung kepada jenis blog, teknik seo yang digunakan, dan cara mempromosikan blog. Sebagai blogger baru, kena ambil perhatian nasihat dan tips yang diberikan oleh blogger-blogger lama.. Otai ke, newbie ke, trafik tu tetap penting, cuma masing-masing ada cara tersendiri untuk menarik trafik..err, just pandangan je..hehe
    Jom terjah post menarik dari Yus ..Kenapa berpuasa tetapi tidak menutup aurat?My Profile

  15. Saya lagi la..SEO ke apa semua tu saya tak tahu sgt,main belasah je apa yg org suruh..then,psl duit,psl traffic lagi laa..tak penah amik tahu. lg pun i blog utk suka2 sharing dgn siapa2 yg terbaca. cuma,ada jgk penah nmpk org2 yg menunjuk sgt earning dia.mcm eh eh..kenapa dia ni? hehe..btw, im happy blogging..nk tulis diari penat.. 😀
    Jom terjah post menarik dari Kimmy ..Wordless Wednesday #5:Serasi BersamaMy Profile

  16. masa dengan afiqaiman.com saya puas kejar trafik, makin dikejar makin lari, bila dengan blog baru ni, saya cuba berubah, hanya berikan yang terbaik kepada pembaca, terserah macam mana pembaca nak hargai pemberian saya tu 😉

    jangan kejar trafik, cuba cari pembaca yang setia, best ke kalau trafik sehari ribu2 tapi takde seorg pun pembaca bagi respon tentang apa yang kita tulis, “uh” pun xda. penulisan kita ibarat dah “mati”
    Jom terjah post menarik dari afiq aiman ..Forum Sebagai Penjana Trafik Kedua TerbesarMy Profile

  17. Sekadar terfikir, adakah dengan banyaknya entri-entri berkaitan tips naikkan rank, tambah trafik dan yang sewaktu dengannya yang berleluasa di alam blog Malaya ni yang mencetuskan komen sebegitu?

    Fikir banyak kali sebelum komen, macam fikir banyak kali sebelum post sesuatu entri.
    Jom terjah post menarik dari muhammad fakhruddin ..Wordless Wednesday #WW 1My Profile

  18. giler trafik tak salah. yang salah bila mengejar trafik dengan cara yang salah. kutuk orang lain utk naikkan trafik mmg tak baik. cara yang teruk.

    lg satu tak hormat orang lama adalah satu perkara yang sukar dimaafkan. takde org lama, korang takkan tahu cara berblogging, tak tau cara dptkan trafik, even tak tau nak register blog pun.

    apa punya makhlukla. tak hormat orang lain…
    Jom terjah post menarik dari razis ..Peraduan Snap & Win – Duit Raya Untuk BloggerMy Profile

  19. Alhamdulillah.. Kak Jie menjawab juga soalan sanubari saya tanpa perlu saya keluarkan di mana-mana. hehe..

    sy nak blog saya di kenali kerana tulisan dan celoteh harian saya.. dan masa itu adalah satu perkara yang harus ada. ambik masa…. saya suka blogger seperti Sue Anna Joe & Ladynoe & emila yusof (sy minat artwork dia. Sangat). Walaupun saya baru ada 11 follower, tak kisah, sebab saya harap follower tu follow utk betul2 follow. bukan setakat tambah angka je…

    pss; saya mmg suka blog kak jie. out of the box. clean and clear. nasihat berkias. tidak jiwang. tidak byk widget. Simply You.
    Jom terjah post menarik dari Effa ..WW : What to do ?My Profile

  20. entri ni 3, 4 kali saya baca kakjie, rasa macam tersekat kat dada..mcm tak keluar semua apa yang kakjie nak cakap…

    entri ni boleh la dijadikan iktibar buat semua, ingat jangan berpaksikan duit semata2 bila nak buat blog ni, jangan orang lain ada blog anda pun nak ada blog, pastu inginkan glamor

    pada saya, niat nak buat blog tu sebab apa…
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Wordless Wednesday #5 Honda CBR 1000 in my dreamMy Profile

  21. hohoh perasan gak trend kejar2 ranking ni makin rancak sejak kebelakangan ni je. saya pun awal2 berblog takde lak gila sgt cari trafik macam kebanyakan blogger sekarang.

  22. kadang2 menulis dah nampak tak de keaslian.. semuanya semata-mata mengejar trafik & duit… kita tak kisah! berakit-rakit ke hulu.. berenang-renang kemudian… mula2 mmg x ramai singgah.. tp, kalo kita rajin.. kita menulis untuk diri sendiri… orang akan nampak keikhlasan kita dalam berblogging nih…

    kadang2 nak kejar trafik sgt… tulis entry tak selidik dulu betul atau tak info yang dia dapat tu…
    Jom terjah post menarik dari RinnAzrinah ..Hantu Game!My Profile

  23. Blogging tak lain tak bukan, sebab nak buat duit semata2. Kalau takde trafik, x de la duit. hmm… femes tak femes, kalau nak sesuatu kena lah usaha.

    p/s: baru perasan tukar theme lama, kenapa dgn twenty eleven?
    Jom terjah post menarik dari Azah ..Lapar dan PuasaMy Profile

  24. mata pena itu tajam seperti mata pedang jika terlihat…sama seperti kena mulut badan binasa….

  25. banyak blogger zaman skang ni ‘gelabah memanjang’. asyik2 trafik-trafik-trafik, agaknya tengah buang air besar pun pk trafik blog, “blog mana trafik kencang eh aku nak spam nak tumpang trafik” LOL.

    bila ditegur sentap.

    biasanya dorang ni tak akan baca blog2 yg macam kakjie senaraikan tu. kalau dorang jenis baca blog2 genre macam tu, tak ada lah nak protes/sentap kan. hehehe
    Jom terjah post menarik dari nursarah puteri ..menu berbuka puasa 17 Ramadhan.My Profile

Comments are closed.