Kerana Seketul Yang Degil
Blogger

Kerana Seketul Yang Degil

kejadian yang trajis..g beli lauk ngan anak 2 dekat selori dalam kete..start 2 tak leh ..baca dah mcam 2 doa supaya kete leh start ..takleh gak..apalagi kol hubby…pegi cari bateri tengah 2 malam suh jgak member cari kedai bateri…malayang duit…pukul 2 pagi g pasang bateri setelah anak 2 semu apengsan..start2 pun tak leh..cuak giler.last 2 hubby kater dengan PENUH KASIHHHHHHHHHH SAYANGGGGG ”LAAAA GEAR TAK LETAK KAT P” aduhhhhhhhhhhh..mana lah aku tahu..aku tahu masak kari, sup, tomyam…gosok baju

Saya suka berkongsi cerita dan mendapat feedback dari pengkomen walaupun mereka bukan kenalan blogger  – mereka tak kenal saya dan kebarangkalian pengunjung pertama adalah 81.53%.

Walaupun kebanyakkan entri saya, kisah ceruk dapur bukan ada nilai SEO untuk mendatangkan trafik sesak ribu riban , cerita itu dekat dengan kehidupan kebanyakkan kita.

Salam. Selalunya kalu sya singgah kujie2, mesti dah ramai org masuk tinggalkan komen. Kdng2 sya nak menyibuk juga. Sbb sya perhatikan kak jie ada kelebihan membuat artikel yg membolehkan pembaca berbalas2 meninggalkan komen. ( eh..dah lari tajuk ker ni ) – mekar

artikel yg membolehkan pembaca berbalas2 meninggalkan komen.

Saya membina perhubungan dengan kawan² dengan zone tersendiri. Saya tidak pernah menilai seorang blogger dengan apa sekali pun. Sebab itu entri saya tak ada kisah blogger curi trafik ( kat kampung saya orang curi kabel telefon ) , blogger perempuan yang itu yang ini, blogger lelaki yang begitu yang begini atau newbie disitu di sini.

Saya juga bukan jenis mulut manis nak berlebih lebihan ‘melukut di tepi gantang’ . Dia orang baru, dia orang lama , dia hebat dia lebat, dia kecil dia besar, dia putih melepak dia hitam manis – saya membaca blog dan setakat itu saja saya masuk dalam kehidupan mereka. Mungkin ada yang serasi mungkin juga ada yang ber’laga angin’ tetapi saya sangat² memelihara lidah, jari , keyboard mahu di dalam hati yang paling dalam untuk meghakimi seorang blogger itu.

Allah Maha Mengetahui walaupun hanya niat terlintas didalam hati – jangan lupa!

Tetapi, saya juga bukan sempurna – manusia kerdil yang sering, selalu membuat maksiat hati.  Pernah juga terlanjur kata terlanjur bicara walau sedaya upaya mengawal keadaan.

Kesilapan- kesilapan itulah yang banyak memberi pengajaran dan sempadan untuk ‘mengetuk kepala sendiri’ supaya jangan leka.  Kadang² rasa diri dah cukup baik , Allah  ‘cubit’ dikala kelekaan.

Ok…kita sentuh satu bab saja hari ini – membina perhubungan.

Membina hubungan adalah atas kerelaan dan keikhlasan ( ingat…Allah tahu segala yang terselit di dalam hati ) jadi jangan merungut atau berprasangka buruk sekiranya segunung kebaikan yang telah anda lambakkan terasa tidak berbaloi.

Mula mengungkit komen tak dibalas, kunjungan tidak dihargai, i follow you, you tak follow i, i klik you, you tak klik  i…. Sekecil² perbuatan inilah yang menghimpunkan keberkatan.

Mungkin Allah tangguhkan pemberianNya terhadap kita atau diberikan dalam bentuk lain – kelapangan masa mengupdate blog tiap hari, earning mencurah-curah, line internet selaju soyuz atau mata yang terang dapat mengadap komputer berejam².

Kita lancar menghafal Rukun Islam ada lima, Rukun Iman ada enam – sekadar ucapankah?

Rukun² yang kita hafal dan percaya itu adalah kehidupan kita walau pun hanya sebagai seorang blogger.  Definasi percaya kepada rukun ini yang membentuk keimanan setiap kita yang perlu diyakini dengan hati, diucapkan secara lisan dan diamalkan dalam kehidupan.  Tak ada pengkecualian kehidupan offline atau dunia online.

Saya bukan berkemahiran untuk menulis seraca ilmiah bahasa berprofil tinggi dengan hukum dengan dalil yang extreme .  Atau cendekiawan yang bijak mengungkapkan prosa-prosa  melahirkan mutiara kata indah.

Apa yang saya kongsi adalah asas-asas  kehidupan yang berhubungkait  diri dengan jiran dan kawan-kawan.  Hubungan sesama manusia yang paling banyak akan dihisab timbangannya.

Kelaut lagiiii…………..

Niat kita membina perbuhungan tersebut yang dinilai Allah.   Jadi, janganlah salahkan kandang kalau  ’embek’ kan kita jadi canggung dan tidak senada irama kambing orang lain.

Bab hati (bukan cilihati ) orang tak nampak, manusia tak boleh nilai secantik banglo dua tingkat, sekilat menjalar kereta mewah, seglamer blogger.

Ustazah saya pernah bercerita, daki dan karat dosa mesti ditanggalkan sebelum ditempatkan di dalam syurga dengan dicelup kedalam api neraka. Seperti emas yang bercampur galian lain, mesti disembur dengan api yang panas sebelum keluar sebagai emas yang bermutu.

Jadi , pilihalah nak membersihkan diri dari kekotoran dosa dengan cara bertaubat diatas dunia ini ataupun dibersihkan di akhirat dengan dicelup dalam api neraka.

Nauzubillah min zalik…

©kujie – entri ni asal tulis hal lain, tapi kelaut juga akhirnya…. main hentak tulis tak de draft – entri apa yang terdetik dalam hati., jangan terasa hati ye kawan²

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

51 thoughts on “Kerana Seketul Yang Degil

  1. kak Jie, saya tumpang copy paste ayat ni yer letak kat FB utk syere ngan kawan2..timerkasih..
    “daki dan karat dosa mesti ditanggalkan sebelum ditempatkan di dalam syurga dengan dicelup kedalam api neraka. Seperti emas yang bercampur galian lain, mesti disembur dengan api yang panas sebelum keluar sebagai emas yang bermutu.
    Jadi , pilihalah nak membersihkan diri dari kekotoran dosa dengan cara bertaubat diatas dunia ini ataupun dibersihkan di akhirat dengan dicelup dalam api neraka.”

  2. Salam kak jie,

    Adakah yang dimaksudkan dengan seketul itu ialah seketul daging atau lebih tepat hati?

  3. saya juga menulis apa yg ada dihati tetapi kelemahan tak cukup masa nak membalas semua komen…sedih tapi sedang usaha nak bagikan masa menjawab semua komen yg termampu.
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Rezeki jangan ditolakMy Profile

  4. Semalam baca entry ni guna Opera mini kat handphone. Menjajau duk scroll tak abes2 lagi. (nak komen tak berani pasal tengah drive – baca tak pe kan?)

    Punya la fanjang. Tapi… BERISI. 💡 Penuh makna tersirat dalam yang tersurat.

    Macam kena dush! sebijik, pun ada gak ? Betul ke? Ahaks… 😆
    Jom terjah post menarik dari Abang Zul (9W2FLY) ..FOUR BY FOUR – di BALINGMy Profile

  5. aduhai kak jie. Kata-katamu selalu saja ada isi. Ini bukan bebelan kosong, tapi bebelan ada visi dan misi. Hehehe..
    Jom terjah post menarik dari Mrs.Ayie ..Bakar membakarMy Profile

  6. what u give, u get back…. tapi jenis tak nampak utk dinilai itulah yg suka nak prasangka

    sebenarnya………… apa yg nak disampai dlm entri ni pun tak ramai yg nampak

    base pada komen2lah… 😳

  7. tak de bajet pun nak tulis macam ni
    mula2 tu puas juga nak dpt idea
    sekali dah sentuh keyboard………….tak sedar diri
    bahaya ni

  8. Kadang2 kan Tie….masa nak tulis ni tak ada feeling apa2 pun
    tapi bila dah sentuh keyboard…macam2 keluar…itu yang kelaut je tu

  9. hahaha…kadang2 membebel tatau hujung pangkal
    cadang nak tulis benda lain…bila dah terkoner sikit terus hanyut
    sedar2 dah berkajang2…. jari laju dari mulut membebel sekarang ni sebab anak2 dah tak de kat rumah…jadi blogger lah pula mangsa bebelan kak jie 😆

  10. Salam kak kujie
    long time no see 🙂
    biarlah apa org nak kata kak, yg penting riani byk berbudi dgn kak kujie
    hehehe masa mula2 jadi blogger 🙂

  11. pergh… panjang lebar… tapi kak kita seronok dapat kenal akak walaupun hanya dalam dunia maya jerk… mungkin satu hari nanti, bila ada rezeki kita akan berjumpa… 😀
    Jom terjah post menarik dari shay ..Siap JugaMy Profile

  12. kadang-kadang boleh baca orang tu menulis for trafic atau dari hati.

    kalau datang komen sebab nak suruh follow, chun pergi juga ke blog dia. tapi kebanyakkannya memang payah la nak follow sebab ada cerita pasal diari – hari ni pi berjalan, tengok wayang etc, encik boyfriend @ cik girlfriend dan paling banyak widget bling-bling. last-last chun letak komen saja.

    eh.. ke laut tak komen ni?
    Jom terjah post menarik dari cek chun ..pen merah pen biru you marah i wat tak tauMy Profile

  13. biarpun baru dalam dunia blogger namun Kak Jie menjadi pendorong untuk maju ke hadapan 😀

    cewahhh..kak jie memang insan luar biasa dikurniai Allah dengan hati yang suci dan luhur kerana kesudian berkongsi rasa dengan kami semua…

    makasi kak ku yang comel loteh ni…kekekeke
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..Mayat pekerja jatuh bersama kontena ditemuiMy Profile

  14. Haha… macam Tie pulak yang tulis. Terasa begitu emosi. Cuma Tie tulis gaya budak tak lulus periksa. Kekadang salah eja lagi, hihi…

    Kita ambil yang jernih je la Jie. Tie pun sama. Malah lebih lagi kot. Sebab asyik membebel bila tak puas hati, sebabnya kita adalah suri yang banyak menghabiskan masa di rumah. At least Jie ada juga keluar ke kelas, jumpa orang, tambah ilmu. Tie ni tambah lemak tu ada laa…. hehehe… :mrgreen:

  15. Blog kak jie memang tak jemu untuk ditatap. kisah pelbagai ragam bukan sekadar dari kehidupan kak jie je..tu yg ramai org duk singgah. saya pun tk byk tgglkan komen kat blog kak jie. sbb tgk kemain penuh box comment. hihi..sian kat kak jie takut tak terbaca.

    hati manusia sukar diduga….

  16. adeh! suka baca apabila kak jie membebel dalam erti kata spontan. sebab saya jenis menulis secara spontan.

    seketul daging itulah yang sebenar-benarnya membentuk seluruh kehidupan kita sebagai manusia.

    sebagai manusia ia nampak mudah tapi sebagai muslim!? ramai yang tak nampak dari sudut ini.

    p/s: terima kasih backlink 😉
    Jom terjah post menarik dari megat ..Selamat Pengantin Baru- Blogger Khairul NizamMy Profile

  17. Salam,

    itulah masalahnya bila ada yang membeza-bezakan penulisan, org baru orang lama, bg yan semua sama 😆 😆

    nasib baik isu blogger curi trafik tu kejap je, Yan pun sekadar membaca aje, xde kemahiran dalam menyiasat 😛
    Jom terjah post menarik dari yanmie ..Contest Aksi Makan Closed! – Good Luck!My Profile

Comments are closed.