Siri 2 : Langkah penjimatan bandwidth blog dengan menggunakan DROPBOX
Blog Tutorial

Siri 2 : Langkah penjimatan bandwidth blog dengan menggunakan DROPBOX

Zaman serba canggih, file-file semua dihujung jari.
Zaman serba canggih, file-file semua dihujung jari.

Sapa yang tak kenal Dropbox? Atau masih ada yang tak faham macam mana nak gunakan Dropbox ni? Dropbox merupakan aplikasi perkongsian file yang sangat popular pada era kini. Dengannya kita boleh mengakses file kita dimana-mana sahaja tanpa perlu membawa pendrive kehulu-kehilir. Apa yang penting adalah capaian internet.

Dropbox adalah sejenis aplikasi storan senggerak percuma (free storage sync)ย  yang membolehkan penggunanya melakukan proses senggerak (sync) fail-fail kegemaran mereka dari mana-mana peranti. Ini termasuklah dari komputer rumah, komputer pejabat, telefon pintar, tablet, ipad dan macam-macam lagi peralatan yang menyokongnya.

Sebelum tu, anda mungkin nak baca mengenai Siri 1: Penjimatan bandwidth blog WordPress Self Hosted menggunakan kaedah Flickr, boleh [Klik di sini]. Atau mungkin anda tertarik untuk mempelajari kaedah LIVEBlog menggunakan email terus kepada blog anda? [Sila klik di sini].

Membuat sedikit TWEAK pada komputer.

Sebelum kita ke langkah seterusnya, kepada mereka yang belum memiliki akaun Dropbox, anda boleh mendaftarkan diri secara percuma pada pautan ini [Sila klik], Bagi pendaftaran awal, anda akan menerima 5GB “storan di awan percuma” (cloud storage). Selain daripada itu, anda juga mampu mendapatkan ruang storan percuma, jika anda merujuk rakan anda untuk mendaftarkan akaun Dropbox ni.

Sedikit tweak diperlukan. Mudah je...
Sedikit tweak diperlukan. Mudah je…

Setelah mendaftar, saya sarankan supaya anda memuat turun aplikasi dropbox ini dan memasangnya di komputer anda. [Sila klik] pada pautan ini untuk memuat turun aplikasi dropbox sekiranya anda masih belum berbuat demikian. Setelah memasang di komputer anda, anda perlu melakukan sedikit tweak berbanding tetapan pemasangan tersedia asal (default installation setting):

Tujuan kita buat perkara ni sebab tanak bagi C:\ penuh dengan file dropbox nanti.
Tujuan kita buat perkara ni sebab tanak bagi C:\ penuh dengan file dropbox nanti.
  1. Perhatikan ikon Dropbox pada sistem tray anda
  2. Klik-kanan pada ikon tersebut
  3. Seterusnya klik pada Preferences
  4. Daripada paparan dialog Preference tadi, klik pada TAB Advance
  5. Pilih direktori D:\ (storan sekunder/storan kedua) *jika tiada, anda perlu ciptakan. Kalau tak tahu, nanti saya buat tutor khas untuk ini. ๐Ÿ™‚
  6. Klik pada new folder, dan ciptakan folder baru yang diberi nama Dropbox. (atau apa sahaja yang anda suka)
  7. Seterusnya, klik pada folder yang baru sahaja anda ciptakan tadi, kemudian tekan OK!

Cara menggunakan Hotlinking DropBox

Ok, katakan tetapan awal kat atas tu sudah diselesaikan, sekarang ni apa yang perlu adalah mengarkibkan sahaja gambar-gambar yang anda hendak gunakan di blog anda. Jika anda perhatikan, didalam dropbox anda di komputer, terdapat satu folder yang diberi nama Public.

Haa… folder ini lah yang akan memberikan akses blog anda untuk mencapai URL/Hotlink image yang anda nak gunakan nanti. Mungkin ada yang risau pasal soal keselamatan, sebab pautan imej daripada blog terus ke komputer. Saranan saya, tak perlu risau, kerana pautan itu adalah pautan HTTPS yang dijamin tahap keselamatannya. Kalau komputer anda kene HACK jugak, sila saman DROPBOX dan bukan saya :p

Salinkan alamat ini untuk kita gunakan kat blog
Salinkan alamat ini untuk kita gunakan kat blog

Setelah anda menyusun, gambar-gambar anda dalam folder Dropbox\Public\Gambar\…. langkah seterusnya klik-kanan gambar tersebut, kemudiannya pilih Copy Public Link.

Sama teknik seperti menggunakan kaedah Flickr. Tampal di sini.
Sama teknik seperti menggunakan kaedah Flickr. Tampal di sini.

Lepas tu ape lagi… gunakan saha URL tu dalam artikel anda. Selamat mencuba. Jika anda merasakan entri ini bagus, dan membantu anda, maka kongsikanlah dengan rakan-rakan yang lain ya! Assalamualaikum dan salam sejahtera ๐Ÿ˜€

 

p/s- Nota tuan tanah ย – ย Tahniah untuk penulis ย entri ini, Azman Ishak kerana gambar beliau terpilih sebagai Rising Star untuk tarikh 14/1/2014 kategori Buildings & Architecture oleh pixoto.com

Mr. Kreuger atau nama sebenar beliau adalah Muhamad Azman B. Ishak. Telah berumah tangga dan mempunyai dua orang putera. Ikuti kisah perjalanan hidup beliau di:- Amaran: Ini adalah blog orang dewasa

33 thoughts on “Siri 2 : Langkah penjimatan bandwidth blog dengan menggunakan DROPBOX

  1. Sblm ni saya ingatkan dropbox ni untuk simpan gambar saja…rupanya boleh bantu kurangkan penggunaan bandwidth. Terima kasih atas perkongsian ya

  2. assalam kak jie… best la perkongsian toturial… penah guna dropbox.. tapi xpenah tahu pulak ada cara cam ni.. Terbaik…

Comments are closed.