Panduan Menghantar Post Ke Apesal.Com
Blog Tutorial

Panduan Menghantar Post Ke Apesal.Com

Apesal.com adalah program pertukaran link dengan meletakkan satu banner kecil atau widget antara blog di rangkaian blog yang berdaftar dengan apesal.com. Setelah menghantar post anda, post anda akan kelihatan diratusan blog dan website lain.   Dengan cara ini, apesal.com terbukti telah meningkatkan trafik ke blog.

Cara mendaftar di apesal.com

  • Klik Daftar di bahagian atas laman web tersebut. Baca maklumat mengenai konsep dan fungsi apesal.com
    Dibahagian bawah, isikan maklumat pendaftaran blog anda.

Selepas proses pendaftaran selesai, perkara pertama yang anda perlu buat adalah memasang widget. Ini adalah platform percuma , hanya perlu memasang widget di blog untuk mendapatkan trafik.

Dapatkan widget di Dashboard akaun anda.  Widget ini boleh diubah bentuk tulisan, saiz, warna thema atau pun menapis kategori yang tidak diingini.  Selepas memasang widget di blog, barulah menghantar entri ke apesal.com.

 

Cara menghantar post ke apesal.com

cara submit entri di apesal

  • Setelah login, klik Add Your Posts.

panduan menghantar entri di apesal

Kemudian anda akan dibawa ke page seperti ini.  Baca apa yang ditulis dengan jelas.

Cara-cara mengisi data  untuk menghantar entri di apesal.com

  • URL :  isikan url permalink post . Klik Fetch Data
  • Title : Tajuk post , SILA BUANG NAMA BLOG kalau ada

Contoh : Tambatan Diraja Dan Menara Tinjau / Hidup Biar Sedap. Hidup Biar Sedap adalah nama blog, perlu dibuang. Tinggalkan tajuk entri sahaja.

* saya sendiri kerap terlupa bahagian ini. dush! untuk diri sendiri.

  • Post Desctiption : isikan rumusan atau ringkasan mengenai entri anda. Jangan letak nama blog atau tajuk entri lagi.
  • Tag atau Label : tag yang berkaitan dengan entri contoh tutorial, tazkirah, motivasi dan sebagainya. Jangan sesekali menyalahgunakan tag yang tidak berkaitan.
  • Category : Pilih kategori entri anda dengan cermat bersesuaian dengan isi kandungan  yang dihantar.

copy url location image di  apesal

  • Picture URL –  Caranya, right klik pada image yang akan digunakan, klik Copy Link Location
  1. Paste pada ruangan yang disediakan di apesal.com.
  2. Klik Load The Image
  3. Crop  untuk mendapatkan saiz dan gambar yang menarik.

cara crop image di apesal

Hasil gambar sebenar boleh dilihat kotak kecil dibahagian kanan.
Setelah selesai , klik I have checked that my post is not similar to the previously added posts.

 

cara copy url permalink entri ke apesal

Cara untuk mendapatkan url post . ( permalink )

Copy url entri di address bar seperti digambar di atas dan paste pada bahagian URL. Klik Fetch Data , tunggu sehingga proses selesai.  Buat semakan atau  buat editing bahagian title, blog description , tag mengikut kesesuaian sebelum mula menghantar post.

Post anda akan diluluskan selepas 2-3 jam dihantar dan akan mula kelihatan di widget blog lain. Post anda TIDAK akan kelihatan di widget blog sendiri! Sila klik “Manage Post” untuk melihat sama ada post anda diluluskan atau tidak.

Adalah penting untuk anda membaca kriteria blog atau post yang tidak diterima di apesal.com supaya anda faham dan mendapat manfaat dari apesal.com. Sila baca FAQ di sini – Bagaimana Apesal.com berfungsi?

Ini adalah asas penggunakan laman web apesal.com, insyaallah saya akan menulis lagi mengenai syarat atau ciri-ciri post yang tidak diterima di apesal.com atau tips mengawal exchange ratio untuk jangka panjang.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

44 thoughts on “Panduan Menghantar Post Ke Apesal.Com

  1. Makasih infonya Gan, saya minta maaf sampai saat ini belum bisa ngepost, aku pikir kemarin gak diterima Gan jadi sekali lagi sorry Gan

  2. Apesal sy tak boleh nak submit post? sy tekan button i have checked blablabla, still xde respons. =(

  3. Secara otomatis semua post dalam blog kita akan muncul di blog lain yang memasang widget apesal ya Kak Jie ? Kita juga tidak perlu direpotkan dengan share manual satu per satu posting di apesal seperti social bookmarking lain semacam digg ataupun delicious ya ?!
    Terima kasih, saya akan ambil waktu untuk mendaftar di apesal
    Jom terjah post menarik dari Rina As ..Cara Mendaftar dan Memasang Widget Histats di BlogMy Profile

    1. cubalah sebab ramai juga blogger dari Indonesia dan Brunei yang menghantar post mereka, apesal bukan semata² untuk blogger Malaysia

Comments are closed.