Ketahui Bila Blog Down
Blog Tutorial

Ketahui Bila Blog Down

Bagaimana kita tahu blog kita down?

Selalunya ada kawan-kawan blogger yang mention di Twitter dan tinggalkan message di Facebook.  Ra,ai kawan-kawan blogger yang sangat perihatin dan sudi beritahu kalau blog down.  Sebenarnya  saya pun mendapat notification melalui email apabila blog down dalam beberapa saat sahaja.

Kita boleh mengetahui status blog kita dengan segera melalui beberapa tools.  Saya gunakan freewebmonitoring.com dan pingdom.com. Setiap kali blog gagal berfungsi, notification melalui email akan dihantar. Bila dapat notis amaran, bolehlah proses mengenas pasti kegagalan tersebut diusahakan. Sama ada saya sendiri cuba mengakses blog atau meminta kawan-kawan menyemak status sebenar blog.

Di bawah ini adalah report bulanan yang dikirimkan oleh pingdom.com setiap bulan.

blog downtimes mei Blog downtimes sepanjang bulan Mei 2013

blog downtimes julai Blog downtimes sepanjang bulan Julai 2013

Jadi.. dapatlah kita berhari raya tanpa was-was..erk…tanpa risaukan blog yang mungkin down akibat seseorang yang bosan duduk depan komputer dan tak ada saudara mara nak keluar berkunjung. Mengikut sejarah penglibatan saya dalam dunia online, blog kerap jadi macam-macam sewaktu cuti panjang perayaan. Kemungkinan ada seseorang di luar sana yang tak ada ‘offline life’ sehingga menghabiskan masa dengan mengacau bilaukan blog orang lain untuk mengisi masa lapang.

Nota :  masih lemau ketupat, Virus Aidilfitri masih bersarang di dalam badan.  Make up entri dalam draft saja … :p

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “Ketahui Bila Blog Down

Comments are closed.