Cara Install Blog WordPress Dengan Softaculous
Blog Tutorial

Cara Install Blog WordPress Dengan Softaculous

Dah berkurun saya tak buat entri tutorial , tetapi dalam minggu ini saya terima 3 pertanyaan daripada blogger untuk mengetahui cara menginstall blog wordpress mereka.  Nampaknya ramai blogger dah ada domain dan blog self hosted . Tahniah!

Saya tak pernah buat tutorial ini kerana saya percaya ianya mudah untuk didapati dalam carian google . Entri tutorial paling  mengambil banyak masa  untuk disiapkan.  Saya terpaksa buat semua steps yang saya ajar dan printskrin.  Walaupun saya boleh copy paste tutorial orang lain, tetapi hasil dengan ‘buat sendiri’ adalah cara saya kerana ini adalah blog saya bukan blog orang .

Saya tulis tutorial ini supaya  mempunyai link rujukan apabila menerima pertanyaan mengenai perkara  yang sama di lain kali.

Selepas selesaikan urusan pembelian domain dan web hosting, pihak server hosting akan emailkan Account Info yang mengandungi Temporary FTP Hostname, Temporary Webpage URL , Temporary Control Panel dan usernama juga password yang diperlukan.

  • Mula-mula login ke Cpanel – alamat cpanel biasanya seperti ini http://namadomain.com/cpanel.  Gantikan nama domain tu dengan alamat domain sendiri.
  •   Klik  Softaculous

control panel wordpress

  • Klik Blogs -> WordPress

blog wordpress

  • Masuk ke Sofware Setup

cara install blog wordpress

  • Nota Penting – ruang “In Directory”, sila PADAM ‘wp’ sekiranya wordpress ini  untuk domain utama ( main domain bukan subdomain )
  • Bagi nama yang comel-comel untuk Database Name dan Table Prefix.
  • Untuk Site Name / Site Description – Nama dan tagline blog.
  • Isikan Admin Username / Admin Password untuk login blog nanti.
  • Admin Email –  email yang akan menerima notification mengenai blog

Dan siap klik “Install” .

Kalau nampak “Congratulations, the software was installed successfully “ bermakna proses telah berjaya.

Hore hore…. bersoraklah untuk diri sendiri. Saya tahu perasaan puas dan lega bila berjaya membuatnya kerana saya pun pernah mengalami perasaan tersebut..hiks!

Klik Return to overview

Hello world ! aku dah ada blog wordpress…oyeh~!

cara buat blogIni contoh yang pernah saya buat dulu, tapi itu url sub domain.

Bila dah ada blog wordpress, loginlah dashboard dan cuba menyesuaikan diri .  Klik …. klik…. klik… dan tengok dashboard sepuasnya.

Biasanya, blog wordpress diinstall kerana ingin berpindah dari blogspot.  Kalau nak pindahkan semua isi blog lama,  ikuti cara di sini _- Import Blogspot ke WordPress

mOga membantu!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

41 thoughts on “Cara Install Blog WordPress Dengan Softaculous

  1. memang kalau mencari tutorial sy suka yang bukan dari hasil copypaste..sebab senang nak tanya kalau ada error dari tutorial tu..sebab sy pernah bertanyakan permasalahan error pada tutorial yang dibagi (siap mengaku buat sendiri) , tapi jawabnya takde apa masalah lansung..bila sy study setiap kod tutorial tu + google kat tempat lain, terjumpa la pemilik asal tutorial tu..
    susah gak kalo ada jenis nak nampak hebat tapi ….

    p/s : ingatkan tersalah masuk blog tadi..cantik + simple ‘rumah maya’ kak jie yang ni..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Kehidupan – Teluskah kita ?My Profile

    1. sebenarnya ini theme lama, tapi semalam terusik saja gatal tangan ejas itu ini…. theme jadi tak cantik

      tu pasal tukar blk dgn yg lama…ni theme paling lama pernah guna sbb suka jenis minimalist mcm ni

  2. Mudah bagi yang biasa selfhosted sendiri jika newbie gerun juga takut silap.Tumpang promo kak kujie. Kalau nak tutorial lengkap selfhosted wordpress blog.Boleh email saya dan ianya free dalam bentuk pdf lengkap dengan gambar.TQ
    Jom terjah post menarik dari keretahitam ..Bagaimana Nak Ping Blog Anda?100 Ping ServisMy Profile

  3. tq kak jie, tutorial mudah dan senang di pelajari. saya pun dulu masa mula-mula nak install wordpress memang sendirian berhad cari kawan, cari tutorial (jika ada) semua buat sendiri. dah lepas semua memang lega. boleh login post entry. ye la kak jie, typo byk ni, hehe… tapi mula2 mmg rimas kalau tak biasa pakai cermin mata.. 😀
    Jom terjah post menarik dari mommyNana ..Petua Keyakinan Untuk Surirumah…Menarik!My Profile

  4. Install mengunakan Softaculous di Cpanel senang semuanya sudah customize termasuk untuk buat manual backup dan menaik taraf versi WordPress pun senang.

    Bagi yang tidak mempunyai pengetahuan upload fail WordPress mengunakan FTP digalakkan mengunakan Softaculous.

  5. Sekarang semua penyedia hosting buat semua,kita tunggu log in jer blog kita he3…tapi Kak Jie terima kasih atas tutorial nih…senang paham. – buat sendiri lagi mencabar dan kepuasan tak terhingga.
    Jom terjah post menarik dari azman ..Eyriqazz VS Denaihati – T & CMy Profile

      1. betul tu. bila buat sendiri baru lebih faham. waktu saya nak setup dulu pun memang zero. yelar sebelum ini selesa dengan blogspot je.

        bila nak create web baru memang pening mula-mula. tapi bila dah tau caranya, memang terasa puas. try & error. itulah cara untuk belajar 🙂
        Jom terjah post menarik dari booBlogs ..8 Major Kes Kemalangan Maut Melibatkan BasMy Profile

  6. salam kak jie.. sy memang tak berbakat betul dengan hosting sendiri ni. kena tunggu ada masa lebihan kot. hehehe…

Comments are closed.