Bahaya Gelang Getah Warna Warni Loom Band Tiruan
Artikel

Bahaya Gelang Getah Warna Warni Loom Band Tiruan

innity_pcu = “%%CLICK_URL_UNESC%%”;
new innity_adZone(“7380ad8a673226ae47fce7bff88e9c33”, “9165”, {“origin”: “MY”, “channel”: “LIFESTYLE,MALAY,TRAVEL”, “width”: “468”, “height”: “60”});

Loom Band

Sejak akhir-akbir ini Loom Band sangat popular sebagai aksesori dan mainan anak-anak. Loom Band atau rainbow loom adalah getah yang ditenun berwarna warni dan biasanya menjadi trend anak-anak bertukar sesama rakan sebaya sebagai gelang persahabatan ( friendship bracelets ). Ianya menjadi fesyen aksesori di lengan sehingga beberapa selebriti seperti David Beckham, One Direction, Harry Styles, bintang pop Miley Cyrus malah Duke dan Duchess of Cambridge pun memakainya.

Loom Band dicipta oleh Cheong Choon Ng dari Amerika pada tahun lepas dan kilangnya Rainbow Looms telah menjual lebih daripada empat juta kit – termasuk mesin tenun, pengkail renda, dan band di seluruh dunia. Loom Band ini juga boleh dibuat cincin, casing telefon, kasut malah dibuat baju.

bahaya loom band

Walau bagaimana pun, kegilaan remaja terhadap Loom Band telah menyebabkan pakar perubatan telah menjalankan ujian terhadap keselamatan Loom Band selepas menerima beberapa kes kecederaan melibatkan kanak-kanak. Ada kes cedera dimata termasuk seorang budak lelaki yang hampir kehilangan dua jari selepas getah tersebut dibalut terlalu ketat di sekeliling jarinya. Malah ada kes kanak-kanak menjadi buta terkena getah warna warni ini.

Dr Anne-Marie Houlder dari Stafford and Surrounds Clinical Commissioning Group telah memberi amaran mengenai bahaya Loom Band yang mungkin mencekik atau masalah peredaran darah sekitanya membalut terlalu lama dan ketat.

loom band

The Birmingham Assay Office iaitu sebuah syarikat bebas yang menguji keselamatan mainan melapurkan bahawa daripada 16 paket yang telah diuji, kebanyakkan daripadanya tidak melepasi tahap keselamatan yang dibenarkan kerana kandungan phthalates yang tinggi di dalamnya. Undang-undang membenarkan kandungan phthalates adalah 0.1 peratus mengikut berat bahan dalam mainan dan barang-barang penjagaan kanak-kanak tetapi dari 16 paket yang diuji, kebanyakkannya mengandungi lebih 50% kandungan phtalates.

Phtalates ialah bahan kimia yang digunakan untuk membuat plastik lebih selamat dan mudah dibentuk tetapi ia juga merupakan karsinogen yang dikawal ketat, terutamanya mainan mudah dimasukkan ke dalam mulut oleh kanak-kanak.

Nota : Dalam bidang patologi, karsinogen ialah agen-agen yang boleh mencetuskan pertumbuhan barah (kanser) dalam tisu badan. Ini disebabkan oleh gangguan dan ketidakstabilan pertumbuhan sel yang tidak terkawal. Antara contoh-contoh karsinogen yang ketara ialah abestos dan asap rokok. Agen-agen radioaktif juga boleh diklasifikasi sebagai karsinogen seperti gelombang gama atau partikal alpha yang dikeluarkan.

Ibubapa kena pastikan Loom Band yang dibeli adalah original kerana barangan tiruan yang dijual tidak menepati tanda keselamatan “CE”. Phthalates yang biasanya digunakan sebagai pelembut dalam PVC digunakan sebagai bahan dalam pembuatan Loom Band boleh meresap ke dalam badan anak-anak melalui sentuhan peluh dan air liur.

Loom Band original dibuat mengikut piawaian yang dibenarkan, tetapi lambakan Loom Band murah atau Loom Band tiruan yang mudah didapati mempunyai kesan kesihatan kepada anak-anak. Anak-anak mudah memasukkan barang mainan ke dalam mulut tanpa pengawasan ibubapa.

Keburukan memakai gelang getah warna warni ini mungkin kita tak nampak secara fizikal atau boleh dikawal bila melibatkan anak-anak yang sudah besar. Kalau ada anak-anak yang suka capai je dan masukkan dalam mulut, itulah yang paling perlu kita jaga.

Kalau pakai sekejap sekejap sekali sekala ,  tak ada masalah sangat .  Tapi pastikan beli yang asli, yang disahkan kandungan bahan dan diluluskan untuk kegunaan anak-anak. Kalau anak-anak kita kecil lagi, janganlah bagi dia main.

Rujukan entri ini –

HACKED BY SudoX — HACK A NICE DAY.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

36 thoughts on “Bahaya Gelang Getah Warna Warni Loom Band Tiruan

  1. Ari tu mcm nak terbeli yang tak ori punya. Sib baik tak terbeli. Apa2 pun make sure ada label MC (Malaysian Conformity). Tapikan sekali tgk getah ni mcm getah ikat rambut biasa saja. Betul kak kujie. Kalau budak buat masuk mulut lagi bahaya.

    Jom terjah post menarik dari Nor Hanim ..Set Kurus Mampu Milik – Kohado?My Profile

  2. ari tu maksu ada terdetik nak beli untuk anak tapi tak jadi beli..
    Material dia rasanya sama macam getah dok ikat rambut tu kot? Takdak masalah pulak? Apa-apa pun sentiasalah berhati-hati dengan produk mainan kanak-kanak. Belilah yang ada label MC (Malaysian Confirmity).

    Betul tu. lagi risiko kalau budak2 termasukkan dalam mulut.

    1. Ni adalah gelang kesukaan saya .sesiapa yang kata yg gelang itu bahaya dia adalah orang yang tidak ada akal ada otak tak nak digunakan

      1. saya baru tahu tak boleh pakai getah ni saya pergi sekolah agama taman kota jaya pakai saya hari hari pakai saya pakai dekat jari . tapi saya baca bahaya gelang ni saya dah tak pakai lagiii

Comments are closed.