Selamat Pagi Cikgu
Anak

Selamat Pagi Cikgu

Hari pertama persekolahan – sebagai ibubapa yang dah berbelas² tahun menempuh hari pertama persekolahan dan dari pengalaman yang sudah² saya bertolak awal ke sekolah pagi ini.

Seperti yang dijangka, kesesakan adalah pemandangan biasa pada hari pertama persekolahan. Ramai ibubapa mengiringi anak² Tahun 1.

Saya hantar Intan sampai di depan pintu pagar sekolah – bye bye Intan, awak dah senior sekarang!

Credit: Insy Shah

Berat beg yang digalas hari ini, jadual belum dapat jadi diangkut semua buku teks dan buku kerja. Tradisi sekolah ini, bukan saja buku teks yang dapat tahun lepas, malah semua buku kerja dan buku latihan telah dibeli sebelum sekolah ditutup tahun lepas. Hari pertama terus belajar seperti biasa malah kelas tambahan PIBG pun berlangsung seperti biasa. Balik tetap jam 3.30 petang.

Malah kerja sekolah pun perlu dihantar pada hari pertama persekolahan. Waktu cuti penggal terakhir, cikgu dah sediakan senarai kerja sekolah yang perlu disiapkan.

Malam tadi Intan tidur pukul 11 malam – masih ada soalan matematik yang belum siap. Cuti sakan tak ingat buku!

p/s- selalunya isu berat beg murid sekolah timbul bila tahun baru… isu kitar semula!

©kujie – Intan masih selesema, saya masih tidak sihat, suami di sana juga….

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

70 thoughts on “Selamat Pagi Cikgu

  1. Kagum dengan ketabahan cikgu melayani karenah dan ragam anak-anak di tahun 1. Walaupun sduah berumur 7 tahun akal masih belum matang lagi dengan silibus baru KSSR mengantikan KBSM. Kalau dulu 3M sekarang sudah ditambah 4M tambahan satu lagi kemahiran ‘Menaakul’
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Pengalaman sekolah untuk tahun 1 sesi 2011My Profile

  2. waktu saya sekolah dulu tak ingat, angkut semua buku ke pada hari pertama? berat tuuuu…. hari pertama dah ada kerja sekolah…??tak sempat lerrr budak2 tu nak melepas rindu ngan kawan2…hehehe. Selamat Kembali Ke Sekolah Intan.
    Jom terjah post menarik dari Amry ..Selamat Kembali Ke Sekolah!!!My Profile

  3. lagi bagus periksa tahun yg sama

    tahun 2008 – Along SPM, Angah PMR
    tahun 2011 – Angah SPM, Intan UPSR

    tapi tak rancang pun nak anak tahun² bile…hehe

  4. saya ngn abangpun camtuh dulu…dia pmr…saye upsr…mmg tahun periksalah kami…

    kesian juga pada mak ayah yg kene keluar banyak belanja utk tahun periksa yg sama….

    jadi, adakah ada yg merancang anak2 supaya tidak periksa pada tahun yg sama?@lagi bagus periksa tahun sama? :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Good Friends Are Always Close To The Hearts – Part 1My Profile

  5. kat sini yuran PIBG utk sekolah rendah cuma RM38.00 shj…
    utk sekolah agama cuma RM20.00

    harap2 berbaloi..

  6. err… ada kat ofis maza terpaksa ambil cuti sendiri.. sebab anak tak nak lepaskan bucu seluar ayahnya (kata kawan tu ler… tapi entah lah).. huhuhu

    apa2 hal pun, maza berterima kasih pada boss maza yg tak kisah dlm bab ini.. hehehhee

    lepas antar anak ke sekolah agama, mahu tidur dulu sebelum menjemputnya pulang jam 5.45 gitew.. hehehe

  7. entahlah… nasrun bermula pada kelas grad 3…harap2 dia mampu menyerlah dan berjaya dgn cemerlang.. huhuhu

    tadi berborak dgn cikgu, di sekolahnya masih kekurangan guru.. guru senior lebih separuh ditukarkan entah ke mana-mana.. tinggallah guru yg kurang dan tak berpengalaman…

    katanya guru junior lagi freshie akan sampai dalam masa sebulann gitew.. huhuhu

    risau juga melihatkan keadaan sekolah begini. … huhuhu

    Rasa mahu mengadu dan minta panduan dari Cik Seri Siantan (a.k.a Kujie) jer.. mahu kasik tenang jiawa ni gitew….huhuhu

Comments are closed.