Persediaan Selepas Keputusan SPM Keluar
Anak

Persediaan Selepas Keputusan SPM Keluar

SPM adalah perkara lepas . Urusan yang perlu disiapkan akhir November tahun lepas. Hari ini hanya untuk mendapatkan balasan dari perkara lepas yang tak mungkin dapat diundur semula.

karnival pendidikan

Sebelum tibanya hari ini, hari keputusan SPM diumumkan, calon-calon juga perlu membuat persediaan atas segala kemungkinan yang datang . Bersedia mengenal pasti dan membuat suatu keputusan kerjaya berpandukan keperluan, minat, keperibadian, dan keterampilan.

Salah satu tempat yang sesuai untuk merujuk dan mendapatkan infomasi ialah berkunjung ke Karnival Pendidikan. Ada satu bahagian yang menyediakan khidmat nasihat kaunselor terlatih untuk membuat pemilihan pengajian dan kerjaya.

Cari banyak infomasi mengenai prospek dibidang tersebut , keperluan pendidikan dan latihan yang diperlukan.  Jangan risau kalau keputusan yang ‘tak cukup makan’ atau keputusan spm teruk, boleh ambil program latihan contoh di Jabatan Tenaga Manusia.

Untuk mendapatkan kepuasan dalam kerjaya nanti perlukan minat. Orang yang mempunyai minat yang sama sesuai berada dalam lapangan kerjaya yang sama.

Sifat Keperibadian seperti tahap motivasi diri , keperluan, cara kita bergaul, berfikir, menilai, dan perseptif dengan sesuatu persekitaran juga membantu dalam membuat pilihan yang tepat. Kenali kelebihan dan kemahiran yang dimilik untuk menentukan kursus  sesuai .

program foundation

Seperti kebanyakkan pembaca blog ini yang mungkin telah mengetahui mengenai bidang pilihan Angah, kami telah bersedia sejak awal dengan mencari maklumat serta berkunjung ke UniKL sendiri untuk mengenali dan memahami perjalanan atau tindakan yang perlu dibuat selepas keputusan SPM diumumkan.

Angah sangat berminat di bidang kejuruteraan penerbangan dan dia memohon untuk programm  Bachelor of Aviation Management ( Hons).   Kami mendapatkan maklumat program foundation .

Lewat petang semalam, Along temankan Angah ke Kedah untuk mendapatkan keputusan SPMnya hari ini.  Doakan keselamatan mereka dalam perjalanan pergi dan balik juga permudahkan segala perancangan yang telah diatur.  Selepas segala usaha yang dibuat, selebihnya bertawakal kepada Allah.  InsyaAllah.

Lokasi lain Karnival Pendidikan MARA

  • Kedah – Stadium Sultan Abdul Halim , Alor Setar ( 20 – 21 Mac )
  • Pahang – Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah,Kuantan (24 – 25 Mac)
  • Kelantan – Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu (28 – 29 Mac)
  • Terengganu – Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu (4 – 5 April )
  • Perak – Stadium Indera Mulia, Ipoh (7 – 8 April)
  • Sarawak – Dewan Pameran Permata, Kuching (11 – 12 April)
  • Sabah – Suria Sabah, Kota Kinabalu (14 – 15 April)

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

25 thoughts on “Persediaan Selepas Keputusan SPM Keluar

  1. Dulu john johny dah lepas seminggu baru ambik result hasilnya…. ermmm nielah hasilnya… komen blog orang jerrr hu hu hu dan kemudian baru sedar my friend resut spm dia tak bagus tapi dah jadi penerbit di TV3 jeng jeng kepala dia botak tak hensem pun tapi saya bangga ngan dia…. apa dah dia buat dengan diri dia…. dia dah berjaya (bukan fbi)

  2. Assalamualaikum,
    maklumat dan kemudahan dah banyak sekarang, bergantung kepada diri sendiri sama ada nak kejar atau tidak. Untung bila tinggal di negeri yang banyak kemudahan, cepat dapat maklumat. Kalaulah di pedalaman sana…akhbarpun susah nak dapat.
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Kajian Mengenai Penilaian Kredibiliti BlogMy Profile

  3. Mudah keje mak bapak sekrang ni sebab dah ada kemudahan membantu mereka mambuat keputusan.

    Kalau dulu-dulu tak ada program macam ni. Semua nya bergantung kepada nasib permohonan masuk ke U. kalau dapat kira oklah, kalau tak dapat memang terus takde pilhan lain.

    Kene kojo lah jawabnyo.
    Jom terjah post menarik dari faizul ..Idea dan hujan adalah samaMy Profile

  4. betul tu..skrg ni, kalau result spm tak berapa bagus pun..kena cari pluang lain..nak marah, nak kcewa pun tak guna..dah lepas..skrg ni, sya trpaksa tggu rslt adik saya esok..sbb nak check gna sms tau online, dia tak ingat no giliran..esok emak sya ambik result kat sekolah..sbb sbah lambat 1 ari..

  5. Teringat masa lepas dapat result spm,blur2 tak tahu nak pi mana dan nak buat apa…last choice merantau ke K.L sampai sekarang. 🙂

    *nak sambung belajar masa tu dah maleh 🙂 hasilnya bekerja lah dgn org sampai sekarang.
    Jom terjah post menarik dari Azman ..Wordless Wednesday # West meet EastMy Profile

  6. Alhamdulillah, didikan sempurna akak ke atas anak-anak akan membuahkan hasil. Lebih menarik setiap perancangan dibuat rapi dan yang terbaik!

    Doakan kejayaan anak akak (Angah) berjaya dalam hidupnya.

Comments are closed.