Tawaran Latihan Kemahiran Mekatronik Di DTAC
Advertorial

Tawaran Latihan Kemahiran Mekatronik Di DTAC

Keputusan kemasukkan pelajar sesi akademik 2014/2015 untuk IPTA/ Politeknik Premier/ Politeknik Konvesional/Metro dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)  telah diumumkan.  Tahniah untuk anak-anak yang berjaya.   Jangan sia-siakan peluang dan semangat untuk terus belajar dengan cemerlang.

Kepada yang tidak berjaya, jangan lupa untuk buat e-rayuan.  Mungkin masih ada rezeki untuk menyambungkan pelajaran.

Kepada  yang tidak berjaya atau tidak mahu terus melanjutkan pelajaran, sebelum melangkah ke bidang pekerjaan, ambillah dulu kursus dalam bidang berkaitan.  Mempunyai kemaniran dalam sesuatu bidang pekerja sangat membantu  untuk berjaya cemerlang di dalam pekerjaan.

Boleh baca entri terdahulu seperti di sini – Keputusan SPM Teruk, Saya Nak Kerja

Kalau berminat, boleh juga memohon memasuki  DK Training & Advancement Centre (DTAC)  iaitu pusat latihan kemahiran bertauliah yang telah diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) atau dulunya dikenali sebagai Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) di bawah Kementerian Sumber Malaysia bagi Kursus Juruteknik Automasi (H-176-2) dan Kursus Juruteknik Automasi Kanan (H-176-3).

pusat latihan kemahiran

Pusat latihan kemahiran DK Training & Advancement Centre (DTAC) membuka peluang kepada yang berminat untuk menyertai kursus latihan kemahiran di bawah program “Jom Belajar SKM!”.

Kursus-kursus Yang Ditawarkan

Kursus yang ditawarkan adalah dalam bidang Mekatronik dibawah program berikut,

  • Skim Perantisan (PSMB).
  • Program Sijil (PTPK).

Syarat-syarat dan Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur antara 18 hingga 25 tahun sahaja.
  • Tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) @ Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV).

Peluang-peluang pekerjaan selepas tamat latihan kemahiran amatlah terjamin dimana pelatih-pelatih boleh memilih banyak peluang dalam pelbagai bidang seperti,

  • Bidang Mekanikal.
  • Bidang Elektrik.
  • Bidang Elektronik.
  • Bidang Robotik.

Antara salah satu satu program sijil yang paling mendapat perhatian sekarang di Pusat Latihan Kemahiran DK Training & Advancement Centre (DTAC) adalah Program Sijil Mekatronik. Program Sijil Mekatronik bukan sahaja memberi peluang pekerjaan yang luas kepada pelatih-pelatih, malah dapat belajar menghadapai cabaran di dalam dunia industri separuh mahir dan mahir pada masa akan datang.

Syarat-syarat Program Sijil Mekatronik

  • Lulus Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 18 – 35 tahun.

Kenapa anda perlu menjalani latihan kemahiran dalam Program Sijil Mekatronik?

  • Tempoh pengajian cuma 18 bulan.
  • Elaun sara diri pelatih sebanyak RM300 sepanjang tempoh pengajian.
  • Peluang pekerjaan yang sangat luas.
  • Pinjaman penuh disediakan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

Peluang kerjaya bagi bidang ini amat luas, kerana ianya merangkumi skop kerja yang menyeluruh. Mereka yang mempunyai latar belakang mekatronik berpeluang untuk pergi ke pelbagai bidang itu seperti mekanikal, elektronik, elektrik, automasi, elektromekanikal, oil & gas, pembuatan, robotik, pneumatik, hidraulik dan sebagainya.

Sesi pengambilan bagi tahun 2014 – 2 Jun, 1 September dan 1 Disember 2014

Maklumat lanjut, sila klik  – Pusat Latihan Kemahiran DK Training & Advancement Centre (DTAC)

Atau hubungi En Faisal Amirul Bin Othman Tel: 012-776 4422 atau datang terus ke premis di,

DK TRAINING & ADVANCEMENT CENTRE
No 1 Tingkat 1, Jalan Puncak 2,
Pekan Parit Bakar,
84010 Muar,
Johor Darul Takzim.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

19 thoughts on “Tawaran Latihan Kemahiran Mekatronik Di DTAC

  1. Terimakasih kepada Anysss Je yang memberi info tentang tawaran latihan kemahiran ini..
    Terimakasih pada cik kujie kerana sy memang sedang mencari2 untuk anak lepas SPM mengikuti kursus2 kemahiran.

  2. hi Kak Jie,

    info yang sgt menarik,
    lagi2 masa kini terdapat ramai pekerja2 dari luar negara mencari rezeki di negara kita.
    moga anak2 masa hadapan lebih cerah peluang untuk berkerja dinegara sendiri.

    thanks

  3. Emak2 dan bapak2 kena main peranan jugak. Bagi galakkan pada anak2 untuk sertai kursus macam ni. Sebab apa, ramai juga dalam kalangan ibu bapa memandang senget program2 macam ni. Anak2 pulak lebih memandang. Universiti sebab nak nampak gah bila keluar nanti sebagai graduan berijazah. Berbanding hanya di kolej yang cuma ada sijil dan kemahiran. Layak jadi kuli je.
    Jom terjah post menarik dari Cikgu. Hairul ..Berhenti Kerja Kalau…My Profile

  4. Thanks for the info. Good information should be inform to the parents regarding Pusat Latihan Kemahiran DK Training & Advancement Centre (DTAC) and the benefits there students will get.
    Jom terjah post menarik dari Logeswary ..Keep Moving FORWARDMy Profile

  5. Best juga kalau dapat peluang belajar dekat Pusat Latihan Kemahiran DK Training & Advancement Centre (DTAC) ni… Seiap dapat Elaun sara diri pelatih lagi…
    Jom terjah post menarik dari Anuar ..Penangan Abang EnsemMy Profile

Comments are closed.